Saturday, November 6, 2010

Indahnya lautan merah itu..

Bencana alam juadah utama slot berita di malaysia.
Sehari tanpa khabar bencana tidak lengkap hidup seorang penerbit berita..seolah-olah hilang nyawa..
Bukan hanya Malaysia jika keadaan ini kita singkap satu persatu ketika ini, negara jiran dengan merapi, Haiti dengan thomasnya, bahkan cina dengan tanah lungsur ditambah lagi dengan tragedi kapal terbang terhempas 2 hari berselang, dan beberapa insiden lain di seluruh pelosok dunia..

Jika sebelum ini kesukaan lebih terarah kepada bidang sukan yang bagi aku sesuatu yg sihat dan menarik dengan penggunaan ayat yang penuh aksi seperti membolos, menerjah, menyumbat kencang dan banyak lagi..
Kini.. akibat dek terlalu mahukan kerja di sarang baru.. bencana pula yg jadi taruhan..
Tiba-tiba terbit rasa cinta kepada genre berita ini..
Tiba-tiba teringat keindahan gunung berapi yang pernah aku lihat di kampungku, Indonesia namun sedihnya ketika itu ia tidur tanpa sebarang aksi.

Mungkin kelihatan sadis.. tapi telah lama aku mimpikan untuk sedikit merasa getaran gempa bumi sejak dulu lagi..
tiba-tiba teringin melihat dengan mata sendiri keadaan di djogjakarta dengan merapi yg sedang hebat memuntahkan lahar dan debu volkaniknya itu..
sepanjang mengumpul maklumat tentang bencana2 ini.. aku dapati satu lagi di jawa barat sedang menggelegak dan tidak sabar2 memuntahkan isi bumi... mungkin hari ini.. atau esok.. atau minggu depan.. bila-bila saja..
Bolehkah aku ke sana? Bolehkah aku merasai kesengsaraan itu?
Mampukah aku menanganinya?
Bukan mendoakan bencana tetapi hanya berharap keindahan alam itu dapat aku rasa buat seketika..
kini aku berjanji.. akan cuba menjejakan kaki ke negara itu sekali lagi... bagi memburu impian ku ini..
Itu saja impianku buat masa ini~

p/s: nad n syefah... jangan muntah darah... hahaha~

No comments: