Pilihanraya Umum ke-12 baru – baru ini telah menunjukan kesan yang mendalam terhadap sistem pucuk pimpinan negara kita. Perubahan ini menunjukan suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pemerintahan yang sedia ada. Bagaimana kebangkitan ini terjadi? Ia adalah dipercayai segala maklumat dan fahaman poltik disebar menggunakan medium perkhidmatan dalam talian ataupun online.
Apakah yang menyebabkan rakyat memilih berita dalam talian daripada menggunakan medium tradisional yang selama ini memberi maklumat kepada pembaca? Apakah yang menyebabkan rakyat memilih alternatif lain untuk mendapatkan maklumat. Adakah tidak cukup atau tidak sahih berita yang disediakan oleh media arus perdana?
Perubahan rakyat terhadap berita dalam talian yang dianggap pantas, efektif dan berkesan lebih dipercayai oleh rakyat sekarang terutamanya golongan muda yang terdedah dengan kemajuan teknologi masa kini. Berita dalam talian dianggap lebih memberi kepuasan kepada golongan ini kerana ia terdapat dalam bentuk yang lebih menarik seperti
Berita dalam talian lebih memberi peluang kepada individu meluahkan apa yang mereka rasa benar pada fikiran mereka. Tetapi kadang kala ia lebih kepada meluahkan perasaan akibat daripada emosi menguasai diri. Kadang-kadang apa yang diluahkan tidak relevan. Ini kerana kita adalah manusia yang lemah dan tak berdaya menanggung beban tekanan. Jadi dengan menggunakan perkhidmatan blog atau diari online ini dapat membebaskan apa yang tersirat dalam hati seseorang.
Selalunya apa yang diluahkan tidak benar sama sekali. Kadang-kadang ia diusulkan tanpa bukti. Kadang-kadang ia cuma pendapat. Akan tetapi bagi sesiapa yang membaca isinya kandunganya, mereka mudah percaya tanpa membuat usul periksa. Adakah adil bagi pembaca yang naïf atau tidak memahami perkara sebenar?
Maklumat dalam online juga tidak sensitif dengan perasaan kemanusiaan. Beberapa bulan lepas kita dikejutkan dengan penyebaran gambar mayat Nurin Jazlin ketika ia masih dalam proses bedah siasat. Dimanakah sifat peri kemanusiaan si penyebar foto ini? Apakah agaknya perasaan keluarga arwah? Perbuatan si penghantar gambar ini perlulah dikaji semula. Mungkin maklumat harus diberitahu kepada rakyat tetapi perlu ada batasnya.
Kebanyakan berita yang disiarkan dalam media arus perdana adalah berat sebelah kepada sesebuah kepentingan dan kefahaman politik. Ia selalunya menyampaikan mesej yang diarahkan oleh empunya media seperti 150 penyokong PKR menyertai Barisan Nasional. Adakah berita seperti ini memberi faedah kepada rakyat?. Adakah media
Jika dilihat tugas- tugas wartawan pada awal kemunculannya, wartawan dilihat sebagai suara rakyat yang mencari kebenaran tentang sesebuah kejadian. Mengikut pendapat S. S. Iyengard, akibat terlalu banyak pendapat yang disampaikan melalui mulut orang ramai yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, lama-kelamaan sesebuah berita itu ditokok-tambah dan adakalanya melebihi apa yang disampaikan. Tugas wartawan adalah untuk menyampaikan kebenaran dengan menggunakan cara yang lebih professional tanpa menokok-nambah lebih-lebih lagi melibatkan aspek emosi. Wartawan pada zaman dahulu mewakili suara rakyat dan wartawan mewakili hak kebebasan bersuara rakyat.
Berbeza dengan keadaan media arus perdana di negara kita sekarang, media lebih menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan oleh organisasi politik bukannya mewakili suara rakyat itu sendiri. Jadi tugas wartawan zaman dahulu berbeza dengan sekarang. Wartawan sekarang lebih disekat maklumat yang hendak disampaikan.
Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan beberapa sebab terhadap situasi ini khusunya bagi negara kita yang berbilang kaum. Pertama, manusia boleh manjadi tidak rasional. Apa yang diluahkan selalunya dikuasai emosi yang meluap-luap. Apabila emosi melebihi fikiran, segala perbuatan akan jadi sebaliknya. Kedua, memberitahu semua kebenaran akan memberi kesan yang buruk. Ini dilihat dengan keadaan negara kita yang meliputi bangsa yang pelbagai kaum dan agama.
Mungkin atas sebab ini media arus perdana dilihat terlalu menyekat pengaliran maklumat kepada rakyat. Situasi ini ada baiknya. Ini kerana ia lebih menjaga kepentingan rakyat
Walau bagaimanapun, pembaca memilih medium online sebagai alternatif. Mungkin kehendak mereka tidak dipenuhi lalu mereka memilih jalan yang lebih efektif dan berkesan iaitu berita online. Adakah ini masanya media menyampaikan maklumat yang tidak ditapis? Adakah kita perlu mendedahkan apa yang terjadi sebenarnya? Adakah masyarakat kita hari ini bersedia untuk membezakan perkara yang baik dan buruk?
Kewujudan media online mengajar pembaca untuk menapis maklumat yang mereka terima. Pembaca perlu mengkaji sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum menyiarkannya. Tanggungjawab menyebarkan maklumat perlu ada dalam setiap individu. Pembaca perlu mengetahui akibat dan kesan yang akan terjadi kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Merekalah perlu mememegang tanggunjawab ini. Ini kerana kebebasan internet tidak boleh dihalang lagi. Ia merupakan sebahagian daripada makanan manusia pada hari ini.
Berita dalam talian tidak dapat dihalang lagi demi mencapai kemajuan seiring dengan globalisasi yang dialami dunia masa kini. Hanya individu yang dapat mengawalnya kerana segala yang dilakukan memberi kesan kepada seluruh pihak. Manakala berita tradisional yang dikuasai media arus perdana perlu mencari alternatif baru bagi menarik balik pembaca mereka yang lama hilang dan seterusnya memcari keuntungan kepada mereka. Jikalau tiada perubahan dilakukan, media arus perdana mungkin tidak akan dipercayai lagi dan akan pupus di hati masyarakat.