Wednesday, December 24, 2008

chronology of human life!

It is about myself today.. and it was not a good day and started on 25 dec 2008


What i do:

  • hating some people which are ............. its a secret!!
  • play some guitar cords, not sure what songs...
  • Counting days to start the new semester
  • Checked my class schedule... frankly.. my new schedule is so tight!! huhh
  • buat piza copycat from syefah's recipe
  • gave abg kucing some food
  • teaching some people
  • listening to "kuroneko no tango" songs
  • watched some movies from HBO
  • having some arguments with ibu.. sorry ibu.. i didnt mean it
  • take care of my ayah.. he is not feeling well..
  • visiting jason mraz site- to look on any update of his tour in malaysia this march..but nothings new..


What i didnt do:
  • Going to gym, fitness 1st at bukit tinggi and didnt meet ken-jo, the cutest personal trainer and rugi another rm5 today for not using the fitness 1st stuff
  • care of myself.. what a busy day without nothing to do
  • kemas bilik.. it is quite messy
  • meet my bestfren, nad-syefah-fared-dol.. oh god i miss you guys

What i wish for the next day:

  • God bless me!
  • a couple of hour in gym.. if x da aral melintang la
  • some smiles from the world.. please!
  • not a santa clause.. because today is christmas... so no santas.. i didnt believe it
May everyone have a wonderful life tomorrow... and so am i... insyaallah

Sunday, November 30, 2008

STOP USING STUPID WORDS!!

Pemakaian baju dan gaya sentiasa mengikut kehendak semasa. Tetapi ada sesetengah perkara tidak boleh ditukar sesuka hati hingga menyebabkan orang lain marah dan akhirnya mendapat tekanan jiwa. Sebenarnya tak da lah serius sgt. But lately i heard too many people using such stupid new spelling words. Adakah bahasa juga perlu digayakan mengikut kehendak semasa dan akhirkan menjadi ....... i dont know.. sound stupid maybe?

Contoh jelmaan bahasa baru: pown, kewr, kowrang, kiterw..dan banyak lagi la...

To me, just dont use such words when interacting with me especially through written communication.
It makes me sick. It seems like a new word of rempit or budak sekolah.
If it is abbreviattion is ok but not add with those additional trash letter and finally sound stupid.
Just dont use those words. It shows u r stupid.
Language shows who you are, your inteligent, knowledge, brain and your ownself.
So as i, i still learning and studying. Any correction and help do tell me.
Just keep learning and not destroy the existence words.
Good luck everybody..
But i warn again, dont write to me using those words!
I hate it!

like my lecturer, Rejal Arbee said - "IT IS ATROCIOUS"

Sunday, November 23, 2008

the light in me....

love from god - it is why we live on today
love from parents - who are you if not from them
love from brothers - it is natural connection.. strong bond from adulthood will never separate you
love from lecturers -they teach us without knowing who u r and where u r from
love from bestfriends - they are connected with u even without telling them literally
love from friends - who gives you chance to be in piece of their life
love from the loves ones - who im looking for to teach me what is exactly in it
love from neighbourhood - the spirit of protecting each other
love from leader - who lays idea and commitment to give you life
love from farmer - who thinks whats the best food for human
love from the train driver - who gives you chance to meet the love ones that gives you opportunities
love from plants - who gives you to breath and power
love from animals - who makes you realize the differences of species makes your life favourable
love from musician - makes your life have a flow of rhyme
love from the zookeeper - save your animals from any killer
love from the robber - who teach you to be brave and to be prepare for any actions
love from the killer - makes you learn the worth of life
love from yourself - it is how you bring yourself and makes everything meaningful..

Thanks for all the love lays through me..
help me if im weak
and i need what i dont have yet
thanks for the love again...

Sunday, September 7, 2008

Berita dalam talian lebih berani daripada berita akhbar tradisional

Pilihanraya Umum ke-12 baru – baru ini telah menunjukan kesan yang mendalam terhadap sistem pucuk pimpinan negara kita. Perubahan ini menunjukan suara rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pemerintahan yang sedia ada. Bagaimana kebangkitan ini terjadi? Ia adalah dipercayai segala maklumat dan fahaman poltik disebar menggunakan medium perkhidmatan dalam talian ataupun online.

Apakah yang menyebabkan rakyat memilih berita dalam talian daripada menggunakan medium tradisional yang selama ini memberi maklumat kepada pembaca? Apakah yang menyebabkan rakyat memilih alternatif lain untuk mendapatkan maklumat. Adakah tidak cukup atau tidak sahih berita yang disediakan oleh media arus perdana?

Perubahan rakyat terhadap berita dalam talian yang dianggap pantas, efektif dan berkesan lebih dipercayai oleh rakyat sekarang terutamanya golongan muda yang terdedah dengan kemajuan teknologi masa kini. Berita dalam talian dianggap lebih memberi kepuasan kepada golongan ini kerana ia terdapat dalam bentuk yang lebih menarik seperti gaya penyampaian yang tidak ditapis, penyediaan video yang berleluasa dan juga bukti gambar yang menunjukan perkara sebenar.

Berita dalam talian lebih memberi peluang kepada individu meluahkan apa yang mereka rasa benar pada fikiran mereka. Tetapi kadang kala ia lebih kepada meluahkan perasaan akibat daripada emosi menguasai diri. Kadang-kadang apa yang diluahkan tidak relevan. Ini kerana kita adalah manusia yang lemah dan tak berdaya menanggung beban tekanan. Jadi dengan menggunakan perkhidmatan blog atau diari online ini dapat membebaskan apa yang tersirat dalam hati seseorang.

Selalunya apa yang diluahkan tidak benar sama sekali. Kadang-kadang ia diusulkan tanpa bukti. Kadang-kadang ia cuma pendapat. Akan tetapi bagi sesiapa yang membaca isinya kandunganya, mereka mudah percaya tanpa membuat usul periksa. Adakah adil bagi pembaca yang naïf atau tidak memahami perkara sebenar?

Maklumat dalam online juga tidak sensitif dengan perasaan kemanusiaan. Beberapa bulan lepas kita dikejutkan dengan penyebaran gambar mayat Nurin Jazlin ketika ia masih dalam proses bedah siasat. Dimanakah sifat peri kemanusiaan si penyebar foto ini? Apakah agaknya perasaan keluarga arwah? Perbuatan si penghantar gambar ini perlulah dikaji semula. Mungkin maklumat harus diberitahu kepada rakyat tetapi perlu ada batasnya.

Kebanyakan berita yang disiarkan dalam media arus perdana adalah berat sebelah kepada sesebuah kepentingan dan kefahaman politik. Ia selalunya menyampaikan mesej yang diarahkan oleh empunya media seperti 150 penyokong PKR menyertai Barisan Nasional. Adakah berita seperti ini memberi faedah kepada rakyat?. Adakah media cuba mengajar rakyat supaya menjadi orang yang gemar menukar fahaman sesuka hati. Kadang-kadang ia bersifat mahu menjatuhkan pihak yang lain tanpa memikirkan kesannya kepada pembentukan fikiran rakyat. Adakah adil menyampaikan berita yang berat sebelah kepada rakyat yang naif?

Jika dilihat tugas- tugas wartawan pada awal kemunculannya, wartawan dilihat sebagai suara rakyat yang mencari kebenaran tentang sesebuah kejadian. Mengikut pendapat S. S. Iyengard, akibat terlalu banyak pendapat yang disampaikan melalui mulut orang ramai yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, lama-kelamaan sesebuah berita itu ditokok-tambah dan adakalanya melebihi apa yang disampaikan. Tugas wartawan adalah untuk menyampaikan kebenaran dengan menggunakan cara yang lebih professional tanpa menokok-nambah lebih-lebih lagi melibatkan aspek emosi. Wartawan pada zaman dahulu mewakili suara rakyat dan wartawan mewakili hak kebebasan bersuara rakyat.

Berbeza dengan keadaan media arus perdana di negara kita sekarang, media lebih menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan oleh organisasi politik bukannya mewakili suara rakyat itu sendiri. Jadi tugas wartawan zaman dahulu berbeza dengan sekarang. Wartawan sekarang lebih disekat maklumat yang hendak disampaikan.

Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan beberapa sebab terhadap situasi ini khusunya bagi negara kita yang berbilang kaum. Pertama, manusia boleh manjadi tidak rasional. Apa yang diluahkan selalunya dikuasai emosi yang meluap-luap. Apabila emosi melebihi fikiran, segala perbuatan akan jadi sebaliknya. Kedua, memberitahu semua kebenaran akan memberi kesan yang buruk. Ini dilihat dengan keadaan negara kita yang meliputi bangsa yang pelbagai kaum dan agama. Ada sesetengah perkara tidak boleh disiarkan bagi menghormati sensitiviti kaum. Ketiga, panduan kewartawanan perlu adil. Berdasarkan Persidangan Media Sedunia 1985 yang diadakan di Kuala Lumpur antara kerajaan dan media, media perlu menyediakan maklumat yang memenuhi kehendak pembaca dengan menyediakan maklumat yang diperlukan mereka tetapi perlu ada tanggungjawab dan ketertiban. Media perlu mengajar rakyat menjadi manusia yang berilmu tinggi daripada mewujudkan keganasan atau ketidakpuashatian. Ini merupakan tanggunjawab media kepada rakyat kerana pengaruh media terhadap rakyat amat besar dan kuat. Keempat, penerbitan luar negara kadang kala cuba mengkucar-kacirkan Malaysia. Ini dilihat pada New York Times yang dilihat cuba mengkritik Kerajaan Malaysia kerana menguasai kebebasan media negara. Kebebasan media yang diamalkan kadang-kala menyalahgunakan tujuan media itu sendiri tanpa memberi kesan yang berguna.

Mungkin atas sebab ini media arus perdana dilihat terlalu menyekat pengaliran maklumat kepada rakyat. Situasi ini ada baiknya. Ini kerana ia lebih menjaga kepentingan rakyat Malaysia daripada porak peranda dan huru-hara. Kita sendiri tidak tahu apa tujuan orang luar. Kadang-kadang mereka mengambil kesempatan yang ada untuk menjatuhkan kesenangan orang lain.

Walau bagaimanapun, pembaca memilih medium online sebagai alternatif. Mungkin kehendak mereka tidak dipenuhi lalu mereka memilih jalan yang lebih efektif dan berkesan iaitu berita online. Adakah ini masanya media menyampaikan maklumat yang tidak ditapis? Adakah kita perlu mendedahkan apa yang terjadi sebenarnya? Adakah masyarakat kita hari ini bersedia untuk membezakan perkara yang baik dan buruk?

Kewujudan media online mengajar pembaca untuk menapis maklumat yang mereka terima. Pembaca perlu mengkaji sesuatu maklumat terlebih dahulu sebelum menyiarkannya. Tanggungjawab menyebarkan maklumat perlu ada dalam setiap individu. Pembaca perlu mengetahui akibat dan kesan yang akan terjadi kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. Merekalah perlu mememegang tanggunjawab ini. Ini kerana kebebasan internet tidak boleh dihalang lagi. Ia merupakan sebahagian daripada makanan manusia pada hari ini.

Berita dalam talian tidak dapat dihalang lagi demi mencapai kemajuan seiring dengan globalisasi yang dialami dunia masa kini. Hanya individu yang dapat mengawalnya kerana segala yang dilakukan memberi kesan kepada seluruh pihak. Manakala berita tradisional yang dikuasai media arus perdana perlu mencari alternatif baru bagi menarik balik pembaca mereka yang lama hilang dan seterusnya memcari keuntungan kepada mereka. Jikalau tiada perubahan dilakukan, media arus perdana mungkin tidak akan dipercayai lagi dan akan pupus di hati masyarakat.

Sunday, August 10, 2008

Dear diary....

Assalamualaikum..
This is my 2nd blog in my life.
the last one is on friendster blog which is not formal.
Opening this page is an order from my online journ lecturer as one of the assignment.
it is use to expose us to writing environment and improve writing skills.

So..here i am..

welcome to my blog.. Life is wonderful..
So wonderful with love friendship and relationship..hehehhehee
As referring to my bestfren's tips... nadia..
always start everything with " Bismillah hir rahman nir rahim"
May everything i do will have hikmah behind it ...
Wasalam